Tuesday, April 11, 2006
Aku tak tahu kenapa
Tetapi aku rasa
Kalau kita letakkan '"ego " kita ketepi
PERSAHABATAN ini akan berpanjangan.
Mungkin...
Tetapi
Aku terlalu mengikutkan perasaan
Dia terlalu mengikutkan perasaan
Kami tidak persefahaman
Tidak pernah cuba untuk memahami
Antara satu sama lain.
Kami mementingkan diri sendiri.
Kau...
Kalau kau tidak memulakannya,
Kalau kau tidak memberi harapan palsu...
Semua ini takkan terjadi.
Aku bukan menuduhmu...
Aku hanya menyatakan yang benar.
Benar sebenar-benarnya.
Kalau kau katakan semuanya
Dari awal lagi,
Aku akan mengerti
Mungkin...
Aku...
Aku juga bersalah.
Salah menilaimu.
Maafkan aku...
Kau bukan untukku...
Aku bukan untukmu...
Aku tau aku banyak melukakan hatimu
Begitu juga untukmu.
Kau banyak melukakan hatiku.
Maafkan daku.
Sekiranya selama ini,
Aku telah melukakan hatimu.
Untuk kau...
Aku faham kalau
Perkataan ' maaf ' itu...
Teramatlah susah untuk kau
Ucapnya.
Aku faham.
Tapi aku maafkan kau
Atas segala kesalahanmu kepadaku.
Aku maafkan kau.
Tapi...
Sudahlah
Aku sudah penat.
Penat untuk bahaskan perkara ini.
Aku sudah lama merasa kesakitannya.
Aku tidak mahu lagi merasakan kesakitan itu.
cukup setakat ini.
Tidak mahu...
Aku rasa,
Sampai disini sahaja persahabatan kita.
...itu pun kalau kita bersahabat selama ini...
Aku harus menerimanya dengan
Fikiran yang terbuka.
Hati yang tabah.
Tabah menerima dan menjalani sebarang ujian dariNya.
Ampunkanlah daku.
Atas segala yang terjadi
Diantara kita berdua...
Aku harap kau bahagia
Aku doakan kau berjaya dalam hidup.
Dan aku harap kau juga doakan untuk kesejahteraanku.
Sekarang,
Kau jalan kau,
Aku jalan aku.
Sampai disini sahaja.
Selamat tinggal.
Salam...

@7:26 PM